Monday, December 20, 2010

Cuti

Sebenarnya aku dah lama tak pergi mana-mana. Diam di rumah sahaja. Rasa macam nak pergi bercuti, tapi tak tahu tempat mana yang patut aku pergi. Fikir dululah. Babai.

Pindah

Sibuk sangat waktu ini. Tiada masa untuk fikir bukan-bukan dan buat kerja bukan-bukan . Waktu yang ada untuk kemas rumah. Kemas rumah sampai lebam biji mata. Realitinya bila pindah mesti letih penat dan semua perkara sewaktu dengannya akan kita rasa. Babai.

Monday, November 22, 2010

Sudoku

Hari ini aku memang lapar. Mak, abah dengan 2 orang adik lelaki aku tengahari tadi pergi kenduri kahwin, bukan 1 tapi 2 jemputan. Ada nasi goreng sahaja bawah tudung saji. Petang tadi mak panggil turun makan. Oh cuma ada cucur udang untuk minum petang. Aku sambil buka tudung mengomel-ngomel yang aku hanya makan nasi goreng untuk tengahari tadi. Mak buat muka selamba. Aku tengok mak sibuk melayan adik lelaki aku main sudoku. Aku bebel lagi dalam hati, mak ni tak masak ke? Dah kat maghrib pun duk leka main sudoku. Malas kau nak layan terus masuk bilik. Huh lapar lagi ni. Jam 8 malam adik aku sibuk suruh aku turun makan malam. Dalam hati masih berkata ini mesti lauk beli dekat kedai. Dah dua tiga kali adik aku panggil makan malam, akhirnya aku turun juga untuk makan. Oh sungguh tak percaya ada lauk kari daging dengan telur goreng kicap. Rasa bersalah pulak sebab tadi aku bebel-bebel pasal mak tak masak. Mak aku memang superb dalam sibuk main sudoku dia boleh masak lauk kegemaran aku pulak. Terima kasih mak. Babai. J

Thursday, November 18, 2010

Hilang

Kamu pernah kehilangan sesuatu? Sebagai manusia perkara ini memang lumrah. Kehilangan seorang kawan memang pedih dan sedih. Lebih sedih bila kawan memutuskan persahabatan tanpa sebarang alasan. Sedih ini akan hilang lama-kelamaan. Walaupun hidup mesti diteruskan namun kekosongan itu tetap terasa. ~dimana kan kucari ganti, mungkinkah di syurga, untuk kawan berduka menangis bersama selama-lama~