Monday, November 22, 2010

Sudoku

Hari ini aku memang lapar. Mak, abah dengan 2 orang adik lelaki aku tengahari tadi pergi kenduri kahwin, bukan 1 tapi 2 jemputan. Ada nasi goreng sahaja bawah tudung saji. Petang tadi mak panggil turun makan. Oh cuma ada cucur udang untuk minum petang. Aku sambil buka tudung mengomel-ngomel yang aku hanya makan nasi goreng untuk tengahari tadi. Mak buat muka selamba. Aku tengok mak sibuk melayan adik lelaki aku main sudoku. Aku bebel lagi dalam hati, mak ni tak masak ke? Dah kat maghrib pun duk leka main sudoku. Malas kau nak layan terus masuk bilik. Huh lapar lagi ni. Jam 8 malam adik aku sibuk suruh aku turun makan malam. Dalam hati masih berkata ini mesti lauk beli dekat kedai. Dah dua tiga kali adik aku panggil makan malam, akhirnya aku turun juga untuk makan. Oh sungguh tak percaya ada lauk kari daging dengan telur goreng kicap. Rasa bersalah pulak sebab tadi aku bebel-bebel pasal mak tak masak. Mak aku memang superb dalam sibuk main sudoku dia boleh masak lauk kegemaran aku pulak. Terima kasih mak. Babai. J